Kunai

Rabu, 24 Maret 2010

Tujuh keajaiban dunia purba yang harus diketahui

1.Piramid Agung Giza,
2.Taman Tergantung Babylon,
3.Kuil Artemis,
4.Berhala Zeus di Olympia,
5. Makam Maussollos,
6.Patung Raksasa Rhodes
7.Rumah Api Iskandariah
nih gambar-gambarnya sob, cekidot ...


Spoiler for Piramid Agung Giza,:

Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan
yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.
Spoiler for Taman Tergantung Babylon,:

Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun 600 SM . Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas berandah atau suatu teres.
Spoiler for Kuil Artemis,:

Kuil Artemis (B. Greek: Ἀρτεμίσιον Artemision, B. Latin: Artemisium) merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk menyembah tuhan Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini. Kuil ini tergolong dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia Purba tetapi telahpun dimusnahkan oleh Herostratus.
Spoiler for Berhala Zeus di Olympia,:

Berhala Zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani
"Di tangan kanannya, sebuah bentuk 'Kemenangan' yang dibuat daripada gading dan emas. Di tangan kirinya, cogan alamnya yang digenggam dengan keseluruhannya logam, dan seekor helang bertenggek di atasnya. Sandal dewa dibuat daripada emas, begitu jugalah dengan jubahnya." — Pausianas si orang Yunani (abad ke-2 Selepas Masihi).
Spoiler for Makam Maussollos,:

Makam Maussollos di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabernur) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia.
Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM dan berdiri selama 1,700 tahun. Bangunan ini akhirnya musnah akibat beberapa gempa bumi pada abad ke-14 dan ke-15.
Spoiler for Patung Raksasa Rhodes:

Patung Raksasa Rhodes merupakan sebuah patung besar yang melambangkan tuhan Yunani purba Helios yang terletak di Rhodes, iaitu sebuah pulau Yunani. Patung ini didirikan oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM dan merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia zaman purba. Patung Raksasa Rhodes berdiri setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa. Namun, selepas 56 tahun dibina, patung ini musnah akibat gempa bumi pada 226 SM.
Spoiler for Rumah Api Iskandariah:

Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.

0 komentar:

Posting Komentar

Your Ad Here
Related Posts with Thumbnails